Aku telah diperintahkan supaya menghukum dengan yang zahir

TEKS BAHASA ARAB

أمرت أن أحكم بالظاهر والله يتولى السرائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah diperintahkan supaya menghukum dengan yang zahir, dan Allahlah akan mengurus perkara-perkara yang tersembunyi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 18, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو دائر على ألسنة الفقهاء والأصوليين. وقال المزي والعراقي: لا أصل له. لكن في المتفق عليه، عن أم سلمة: “إنكم تختصمون إلي، فلعل بعضكم يكون ألحن بحجته من بعض فأقضي له على نحو ما أسمع، فمن قضيت له بشيء من حق أخيه فلا يأخذ منه شيئا فإنما أقطع له قطعة من نار”.
قال الشافعي -رضي الله عنه- في الأم، بعد أن أورده: فأخبرهم أنه -صلى الله عليه وسلم- إنما يقضي بالظاهر، وأن أمر السرائر إلى الله.

Ungkapan ini berlegar-legar pada lidah fuqaha' dan para ahli usul. Al-Mizzi dan al-'Iraqi berkata: “Tidak ada asalnya”. Namun terdapat dalam hadith Muttafaq 'Alaih daripada Ummu Salamah: “Sesungguhnya kaliah memutuskan pertelingkahan kepadaku. Boleh jadi seseorang kamu lebih lunak hujjahnya berbanding sebahagian yang lain, lalu aku memutuskan untuknya mengikut seperti yang aku dengari. Oleh itu, sesiapa yang aku putuskan untuknya dengan suatu dari hak saudaranya, maka janganlah dia ambil daripadanya walau sedikitpun, kerana aku hanyalah putuskan untuknya satu potongan dari api neraka”.
As-Shafi'ei RA berkata dalam al-Umm setelah mengemukakan hadith tersebut: “Baginda SAW memberitahu mereka bahawa Baginda hanya memutuskan sesuatu berdasarkan zahir, urusan yang tersembunyi diserahkan kepada Allah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon