Ya Allah! Sesungguhnya Engkau telah keluarkan aku dari tempat yang paling dicintai di sisiku

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إنك أخرجتني من أحب البقاع إلي، فأسكني في أحب البلاد إليك. فأسكنه الله المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau telah keluarkan aku dari tempat yang paling dicintai di sisiku. Oleh itu, tempatkanlah aku di negeri yang paling dicintai di sisi-Mu. Lalu Allah menetapkan Baginda di Madinah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 18, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرجه الحاكم وغيره عن أبي هريرة. وقال ابن عبد البر: إنه منكر موضوع.

Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Hakim dan lain-lain daripada Abu Hurairah. Ibn ‘Abd al-Bar berkata: “Ia munkar lagi palsu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs