Ya Allah! Berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami, negeri Syam kami, negeri Yaman kami dan Hijaz kami

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عن معاذ بن جبل قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: اللهم بارك لنا في صاعنا ومدنا وفي شامنا وفي يمننا وفي حجازنا، قال: فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي صلى الله عليه وسلم. فلما كان في اليوم الثاني قال مثل ذلك، فقام إليه الرجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي صلى الله عليه وسلم. فلما كان في اليوم الثالث قام إليه الرجل فقال: يا رسول الله! وفي عراقنا؟ فأمسك النبي صلى الله عليه وسلم. فولى الرجل وهو يبكي، فدعاه النبي صلى الله عليه وسلم فقال: " أمن العراق أنت؟ ". قال: نعم. قال: (إن أبي إِبْرَاهِيم – عليه اَلسَّلَام – هَمَّ أن يَدْعُوَ عليهم – يعني: أهل العِراقِ -، فأوحَى اَللَّه تعالى إليه: لا تَفْعَل فإنِّي جَعَلتُ خَزَائِن علمي فيهم، وأَسْكَنْتُ الرحمة في قُلُوبهمْ)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Mu’az bin Jabal RA berkata: Telah berkata Nabi SAW: “Ya Allah! Berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami, negeri Syam kami, negeri Yaman kami dan Hijaz kami. Baginda berkata: Telah berdiri seorang lelaki kepadanya lalu berkata: Wahai Rasulullah! Untuk Iraq kami? Maka Nabi berhenti. Apabila tiba hari kedua, lelaki tersebut menyebutkan perkara yang sama. Telah berdiri lelaki tersebut kepadanya lalu berkata: Wahai Rasulullah! Untuk Iraq kami? Maka Nabi berhenti. Apabila hari ketiga, telah berdiri lelaki tersebut kepadanya lalu berkata: Wahai Rasulullah! Untuk Iraq kami? Maka Nabi berhenti. Kemudian lelaki itu pergi dan menangis. Lalu Nabi SAW memanggilnya dengan berkata: Adakah kamu dari Iraq? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Sesungguhnya ayahku Ibrahim AS berkeinginan untuk berdoa ke atas mereka. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Jangan lakukan, maka sesungguhnya aku menjadikan perbendaharaan ilmu-Ku pada mereka dan aku meletakkan kerahmatan di dalam jiwa (jantung) mereka.”


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1669-1700, hadis nombor 8559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Mu'az bin Jabal RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn Asakir.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon