TEKS BAHASA ARAB
حديث: الحجون والبقيع يؤخذان بأطرافهما وينشران في الجنة وهما مقبرة مكة والمدينة
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: al-Hajun dan al-Baqi keduanya diambil pada penjuru-penjurunya dan disebarkan (penghuni-penghuninya) ke dalam Syurga yang mana keduanya adalah perkuburan di Mekah dan Madinah.
STATUS
Tidak ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 113, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره صاحب الكشاف وبيض له صاحب التخريج.
Penulis kitab al-Kasyaf menyebutkan hadith ini dan ulama yang mentakhrij hadith tersebut tidak menemui sumber hadith tersebut.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.