Janganlah kamu benci terhadap fitnah-fitnah

TEKS BAHASA ARAB

لا تكرهوا الفتن فإن فيها حصاد المنافقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu benci terhadap fitnah-fitnah kerana di dalamnya terdapat habuan orang-orang munafik.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 105, hadis nombor 511. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الربيع: سمعت ابن وهب، وقيل له إن فلانا حدث عنك عن النبي صلى الله عليه وسلم: (لا تكرهوا الفتن فإن فيها حصاد المنافقين)، فقال ابن وهب: أعماه الله إن كان كذب، قال الربيع: فأخبرني أحمد بن عبد الرحمن: أن الرجل عمي. (وحديث لا تستعيذوا بالله من الفتن فإنها حصاد المنافقين)، قال ابن تيمية: إنه باطل. وممن أنكره ابن حجر، والسخاوي.

Al-Rabi' berkata: Aku telah mendengar Ibn Wahb ketika dikatakan kepada beliau bahawa si fulan telah menceritakan daripada engkau daripada Nabi SAW: “Janganlah kamu membenci fitnah-fitnah kerana di dalamnya terdapat habuan untuk orang-orang munafik”, lalu Ibn Wahb berkata: “Semoga Allah membutakannya jika dia berdusta”. Al-Rabi' berkata: Ahmad bin 'Abd al-Rahman telah menceritakan kepadaku bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang buta. Dan hadith: “Janganlah kamu minta berlindung kepada Allah terhadap fitnah-fitnah kerana ia adalah habuan untuk orang-orang munafik”, Ibn Taimiyyah berkata: “Ia batil”, antara yang mengingkari hadith tersebut adalah Ibn Hajar dan al-Sakhawi.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs