Ya Allah! Perelokkanlah pengembala dan yang digembala

TEKS BAHASA ARAB

اللهم أصلح الراعي والرعية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Perelokkanlah pengembala dan yang digembala.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 18, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أره في المرفوع. ثم أورد عن المسروقي قال سمعت أبا عبد الله غلام حمويه يقول اللهم أصلح الراعي والرعية يعني القلب والجوارح.

Al-Jadd (Najmuddin Al-'Amiri) berkata: “Aku tidak menemuinya dalam hadith yang marfu'”. Kemudian bawakan daripada Al-Masruqi, dia berkata: Aku pernah mendengar Abu 'Abdillah Ghulam Hamawaih berkata: “Ya Allah! Perelokkanlah penggembala dan yang digembala”, iaitu hati dan anggota tubuh.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs