TEKS BAHASA ARAB
لما أخرج اللهُ آدمَ من الجنة؛ زوده من ثمار الجنة، وعلمه صَنعْةَ كل شيء؛ فثماركم هذه من ثمار الجنة، غير أن هذه تَغَيَّرُ، وتلك لا تَغَيَّرُ
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bila mana Allah mengeluarkan Adam dari syurga, Allah telah membekalkannya dengan buah-buahan syurga, dan Allah telah mengajarnya untuk membuat semua perkara. Maka hasil buah-buahan kamu ini semua daripada buah-buahan syurga melainkan yang ini telah berubah tetapi ini tidak berubah.
STATUS
Daif
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1710, hadis nombor 8603. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Musa al-Ash’ari RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Bazzar.
Ia dinilai daif secara marfu’, sahih secara mauquf dari kalam Abu Musa oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.