Allah SWT berfirman: Jika aku ingin menghancurkan dunia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا أردت أن أخرب الدنيا بدأت ببيتي فخربته ثم أخرب الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah SWT berfirman: Jika Aku ingin menghancurkan dunia, Aku akan mula menghancurkan rumah-Ku terlebih dahulu, kemudian Aku menghancurkan dunia.

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 34, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي في تخريج الإحياء: لا أصل له.

Al-‘Iraqi di dalam takhrij al-Ihya’ berkata: Tiada asal.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs