Akan dibawa ke Mesir orang-orang yang paling pendek umur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يساق إلى مصر أقل الناس أعمارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan dibawa ke Mesir orang-orang yang paling pendek umur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 109, hadis nombor 539. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

يروى من حديث موسى بن علي بن رباح، عن أبيه، عن جده، بلفظ: (إن مصر ستفتح بعدي فانتجعوا خيرها ولا تتخذوها دارا فإنه يساق إليها أقل الناس أعمارا)، لكن قال السخاوي: لا يصح، وقال ابن الجوزي: موضوع.

Diriwayatkan melalui hadith Musa bin 'Ali bin Rabah daripada ayahnya daripada datuknya dengan lafaz: “Sesungguhnya Mesir akan ditakluk selepas kewafatanku, maka kamu carilah tempat yang lebih baik berbandingnya dan janganlah kamu menjadikan Mesir tempat tinggal kerana akan dibawa ke sana orang yang paling pendek umur”. Namun, al-Sakhawi berkata: “Tidak sahih”, Ibn al-Jawzi pula berkata: “Palsu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon