TEKS BAHASA ARAB
يصوم أهل قباء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penduduk Quba' akan berpuasa.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 109, hadis nombor 540. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
يجري على ألسنة العوام حين يرى الهلال بمكان دون آخر إن الهلال رآه أهل قباء قال: يصوم أهل قباء، قال السخاوي: وهو شيء ما علمته، قال الجد: ومثل هذا لا يعذر الناس فيه فإن الكذب على النبي صلى الله عليه وسلم عظيم وهذه قصة ما وقعت أصلا فضلا عن ثبوتها.
Berlegar-legar pada lidah orang awam ketika melihat bulan sabit di satu tempat namun tidak kelihatan di tempat lain. Bulan sabit boleh dilihat oleh penduduk Quba', Baginda pun bersabda: “Penduduk Quba' akan berpuasa”. Al-Sakhawi berkata: “Ia suatu yang tidak aku ketahui”. Al-Jadd berkata: “Perkara seperti ini tidak ada keuzuran terhadap orang ramai dalam perkara ini kerana pendustaan atas nama Nabi SAW adalah satu dosa besar. Kisah ini tidak pernah berlaku pun, apalagi untuk menilainya sebagai thabit.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.