Manusia menjadi ujian kepada manusia lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الناس بلاء الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia menjadi ujian kepada manusia lain.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 97, hadis nombor 473. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أقف عليه في الحديث، وفي معناه قوله تعالى: {وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً} [الفرقان: 20].

Al-Jadd berkata: “Aku tidak menemuinya dalam hadith, namun ia semakna dengan firman Allah Ta'ala:
…وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً… ﴿٢٠﴾
“Dan Kami jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain”. [Surah al-Furqan, ayat 20]

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon