TEKS BAHASA ARAB
الناس على دين ملكهم – أو ملوكهم -.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manusia menurut berdasarkan agama raja mereka atau raja-raja mereka.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 98, hadis nombor 475. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث، وفي معناه قول عمر بن عبد العزيز: إنما السلطان سوق فما راج عنده حمل إليه.
Ia bukan hadith, semakna dengannya adalah kata-kata 'Umar bin 'Abd al-'Aziz: “Sultan itu memandu (rakyatnya), seseorang yang mengharapkan sesuatu yang ada pada Sultan, dia terdorong untuk mengikutinya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.