Rab kita kagum terhadap pemuda yang tidak ada padanya sabwah

TEKS BAHASA ARAB

عجب ربنا من شاب ليس به صبوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rab kita kagum terhadap pemuda yang tidak ada padanya sabwah (keghairahan untuk menghabiskan usia muda).

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 59, hadis nombor 230. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

جاء في معناه حديث: إن الله ليعجب من الشاب الذي ليست له صبوة.

Telah datang riwayat semakna dengannya, hadith: “Sesungguhnya Allah benar-benar kagum terhadap pemuda yang tidak mempunyai sabwah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs