Berjalanlah menuju Allah walau dalam keadaan tempang dan patah tulang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سيروا إلى الله عرجاء ومكاسير فإن انتظار الصحة بطالة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjalanlah menuju Allah walau dalam keadaan tempang dan patah tulang kerana menunggu sihat itu suatu pengangguran.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 47, hadis nombor 179. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

جاء عن الإمام الشافعي سيروا على سير أضعفكم في معناه حديث عثمان بن أبي العاص ” أقدر القوم بأضعفهم فإن فيهم الكبير والسقيم والبعيد وذا الحاجة “وعنه قلت يا رسول الله اجعلني إمام قومي قال أنت إمامهم واقتد بأضعفهم واتخذ مؤذنا لا يأخذ على أذانه أجرا”.

Diriwayatkan daripada al-Imam al-Shafi'ei: “Berjalanlah dengan cara berjalan orang yang paling lemah dalam kalangan kamu”.
Semakna dengannya adalah hadith 'Uthman bin Abi al-'As: “Ukurlah sesuatu kaum menerusi orang yang paling lemah dalam kalangan mereka, kerana dalam kalangan mereka ada yang tua, sakit, jauh dan mempunyai hajat”. Juga daripada 'Uthman: Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Jadikanlah aku sebagai imam bagi kaumku”. Baginda menjawab: “Kamu adalah imam mereka, perhatikanlah orang yang paling lemah dalam kalangan mereka dan lantiklah tukang azan yang tidak mengambil upah atas azannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon