Wujudnya orang yang zalim adalah bukti keadilan Allah di muka bumi

TEKS BAHASA ARAB

الظالم عدل الله في الأرض ينتقم به ثم ينتقم منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wujudnya orang yang zalim adalah bukti keadilan Allah di muka bumi. Allah membalas (terhadap orang zalim lain) menggunakan orang zalim (tersebut). Kemudian Allah membalas terhadap orang zalim tersebut.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 56, hadis nombor 219. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وفي لفظ عبد الله، قال الزركشي: لم أقف عليه.
وقال ابن حجر: لا أستحضره. ومعناه دائرعلى الألسنة.
وأشار السخاوي، والسيوطي إلى ورود معناه، فأورد حديث جابر ـ رضي الله تعالى عنه ـ (إن الله يقول: أنتقم ممن أبغض بمن أبغض، ثم أصير كلا إلى النار). وسنده ضعيف.
وأخرج ابن عساكر عن علي بن عثام قال: كان يقال: ما انتقم الله من قوم إلا بشر منهم.
وجاء عن مالك بن دينار، قال: قرأت في الزبور: أني أنتقم المنافق بالمنافق، ثم أنتقم من المنافقين جميعا. قال: ونظير ذلك في كتاب الله تعالى: ﴿وكذلك نولي بعض الظالمين بعضا بما كانوا يكسبون﴾
وعن منصور بن الأسود قال: سألت الأعمش عن قوله تعالى: ﴿وكذلك نولي بعض الظالمين بعضا﴾ ماسمعتهم يقولون فيه؟ قال: سمعتهم، يقولون: إذا فسد الناس أمّر عليهم شرارهم. وفي المعنى مادار على الألسنة: إن الله ينتقم بالظالم من الظالم، ثم يكب الجميع في النار. قال الجد: ولم أقف عليه.

Dalam lafaz lain: “عبد الله (‘hamba Allah’ sebagai ganti kepada عدل الله)”. Al-Zarkashi berkata: “Aku belum pernah menemuinya”.
Ibn Hajar berkata: “Aku tidak mengetahuinya dan maksudnya berlegar-legar pada lidah orang ramai”.
Al-Sakhawi dan al-Suyuti mengisyaratkan bahawa ada riwayat semakna dengannya. Lalu beliau membawakan hadith Jabir RA: “Sesungguhnya Allah berfirman: “Aku akan membalas terhadap orang yang Aku murka menggunakan orang yang Aku murka, kemudian Aku palingkan semuanya ke neraka”, sanadnya dha’if.
Ibn ‘Asakir juga telah mengeluarkan daripada ‘Ali bin ‘Atham, katanya: Sering dikatakan: “Allah tidak akan membalas terhadap satu kaum melainkan melalui golongan yang lebih jahat berbanding mereka”.
Turut diriwayatkan daripada Malik bin Dinar, katanya: Aku pernah membaca dalam Zabur: “Sesungguhnya Aku akan membalas terhadap orang munafik menggunakan orang munafik juga. Kemudian Aku akan membalas terhadap semua orang-orang munafik”, katanya: Sama seperti ungkapan tersebut sebagaimana dalam Kitab Allah Ta’ala:
﴿وكذلك نولي بعض الظالمين بعضا بما كانوا يكسبون﴾
“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian daripada orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (daripada perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu)”, [Surah al-An’am ayat 129].
Juga diriwayatkan daripada Mansur bin al-Aswad, katanya: Aku pernah bertanya al-A’mash berkenaan firman Allah Ta’ala (surah al-An’am ayat 129), apa yang pernah kamu dengar mereka katakan tentangnya?, jawab al-A’mash: “Aku pernah mendengar mereka berkata: “Apabila manusia sudah rosak, orang paling jahat dalam kalangan mereka menjadi pemimpin mereka, ia semakna dengan ungkapan yang berlegar-legar pada lidah orang ramai: ‘Sesungguhnya Allah akan membalas menggunakan orang zalim terhadap orang zalim, kemudian Dia akan humbankan semuanya ke dalam neraka”.
Al-Jadd berkata: “Aku belum pernah menemuinya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon