Semoga Allah merahmati ibu-ibu saudara sebelah bapa

TEKS BAHASA ARAB

يرحم الله العمات يورثن ولا يرثن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati ibu-ibu saudara sebelah bapa, mereka mendapat harta pusaka namun mereka tidak mewariskan harta pusaka.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 109, hadis nombor 537. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف، لكن جاء عن عمر، قال: عجبا للعمة تورث ولا تورث.

Tidak diketahui, namun ada diriwayatkan daripada 'Umar, katanya: “Alangkah peliknya ibu saudara sebelah bapa, diwariskan harta kepada mereka namun mereka tidak mewariskan harta”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs