Gugurnya daun-daun pada bulan Sya’ban atau malam Nisf Sya’ban

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سقوط الأوراق في شعبان أو ليلة نصفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Gugurnya daun-daun pada bulan Sya'ban atau malam Nisf Sya'ban.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 46, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

اشتهر كثيرا والظاهر أنه استعارة لقطع أجل كل إنسان بموته في ذلك العام وبهذا المعنى ورد الحديث ففي الحديث “تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى” لكن أخرج أبو الشيخ عن محمد بن جحادة أنه قال في قوله {وما تسقط من ورقة إلا يعلمها} [الأنعام: 59] لله تبارك وتعالى شجرة تحت العرش ليس مخلوق إلا له فيها ورقة فإذا سقطت ورقته خرجت روحه من جسده فذلك قوله {وما تسقط من ورقة إلا يعلمها} [الأنعام: 59] قال الجد هذا الأثر دل على أن الورقة تسقط في وقت الموت لا ليلة نصف شعبان.

Sangat masyhur, secara zahirnya ia adalah metafora bagi diputuskan ajal bagi setiap manusia tentang kematiannya pada tahun tersebut.
Semakna dengan ini, terdapat hadith. Di dalam hadith menyebutkan: “Ajal akan diputuskan bermula bulan Sya'ban hingga Sya'ban hinggalah berkenaan seseorang samada dia akan berkahwin atau mendapatkan anak dan keluar namanya dalam senarai orang mati”.
Namun, Abu al-Shaikh telah mengeluarkan daripada Muhammad bin Juhadah bahawa beliau berkata berhubung firmanNya:
وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا
“Tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya”. [Surah al-An'am ayat 59] Allah Tabaraka Wa Ta'ala memiliki satu pohon di bawah 'Arash, ia bukan makhluk namun ia mempunyai daun, apabila gugur daunnya, maka keluarlah rohnya daripada jasadnya. Oleh demikian firmanNya:
وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا
Al-Jadd berkata: “Athar ini menunjukkan bahawa daun tersebut akan gugur pada waktunya, bukannya pada malam Nisf Sya'ban”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon