Orang-orang bodoh di Makkah adalah orang bawahan dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سفهاء مكة حشو الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang bodoh di Makkah adalah orang bawahan dalam syurga.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 46, hadis nombor 173. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال ابن حجر لم أقف عليه وقال أبو العباس الميورقي إنه ورد إجمالا وجرى بين عالمين من أهل مكة تنازعا في تأويله وسنده فأصبح الطاعن فيه وقد طعن أنفه واعوج وقيل له في المنام إي والله سفهاء مكة من أهل الجنة – ثلاثا – فراعه ذلك واعترف لخصمه ذكره السخاوي قال الجد ومثل ذلك لا يثبت به حديث ولا حكم وعند التقي محمد بن إسماعيل بن أبي الصيفي اليماني الشافعي أنه كان يقول إنما هو أسفاء مكة أي المحزونون فيها على تقصيرهم.

Ibn Hajar berkata: “Aku belum menemuinya”. Abu al-'Abbas al-Miyuraqi berkata: “Ia warid secara umum dan telah berlaku pertembungan antara dua orang alim dalam kalangan penduduk Makkah berkenaan takwilannya dan sanadnya. Orang yang mencelanya adalah orang yang celaka dan tempang. Dikatakan kepadanya dalam mimpi: “Demi Allah! Orang-orang bodoh di Makkah termasuk ahli syuga pada tiga golongan”, dia pun berlapang dada berkenaan hal tersebut dan mengiktiraf lawannya”, telah disebutkan oleh al-Sakhawi.
Al-Jadd berkata: “Lafaz seumpama itu tidak thabit dalam hadith mahupun hukum”.
Dalam riwayat al-Taqi Muhammad bin Isma'il bin Abi al-Yamani al-Shafi'ei bahawa beliau sering berkata: “Ia hanyalah dengan lafaz: أسفاء مكة, iaitu orang-orang yang sedih di Makkah kerana kekurangan mereka”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon