Sesiapa yang memberi kelapangan kepada kaum kerabatnya pada hari ‘Asyura

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memberi kelapangan kepada kaum kerabatnya pada hari 'Asyura, Allah akan memberi kelapangan kepadanya sepanjang tahun.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 98-100, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الطبراني عن أنس مرفوعا وفي إسناده: الهيصم بن شداخ مجهول.
ورواه العقيلي عن أبي هريرة وقال: سليمان بن أبي عبد الله مجهول والحديث غير محفوظ.
قال في اللآلىء قال الحافظ أبو الفضل العراقي في أماليه: قد ورد من حديث أبي هريرة من طرق صحح بعضها أبو الفضل بن ناصر [وتعقبه ابن الجوزي في الموضوعات وابن تيمية في فتوى له فحكما بوضع الحديث من تلك الطريق قال: والحق ما قالاه] وسليمان المذكور: ذكره ابن حبان في الثقات والحديث حسن على رأيه وقد روى من حديث أبي سعيد عند البيهقي في الشعب وابن عمر عند الدارقطني في الأفراد. وجابر عند البيهقي وقد أطال الكلام عليه في اللآلىء بما يفيد أن طرقه يقوي بعضها بعضا.

Al-Tabarani meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat al-Haisam bin Syazakhi seorang perawi yang tidak dikenali.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Abu Hurairah dan beliau berkata: Sulaiman bin Abi Abdillah tidak dikenali dan hadith ini tidak terpelihara (kesahihannya).
Al-Suyuthi berkata, dalam kitabnya al-La’ali, al-Hafiz Abu al-Fadhl al-Iraqi berkata di dalam kitab Amalinya: telah datang daripada hadith Abu Hurairah melalui beberapa jalan, Abu al-Fadhal bin Nasir telah mensahihkan sebahagiannya. Ibn al-Jauzi mengomentari di dalam kitabnya al-Maudhu’at dan Ibn Taimiyyah di dalam kitab Fatwanya menghukumkan hadith ini sebagai hadith palsu melalui jalan tersebut. Al-Suyuthi berkata: Yang benar apa yang dikatakan oleh mereka berdua. Sulaiman: Ibn Hibban meriwayatkan daripadanya dalam kitabnya al-Thiqat dan hadith ini hasan pada pandangannya.
Telah diriwayatkan daripada hadith Abu Said oleh al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Syu‘ab, dan hadith Ibn Umar oleh al-Daraqutni di dalam kitabnya al-Ifrad dan hadith Jabir oleh al-Baihaqi. al-Suyuthi membincangkan dengan panjang lebar di dalam kitabnya al-La’ali yang mengisyaratkan bahawa jalur-jalur periwayatannya menguatkan antara satu sama lain.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon