TEKS BAHASA ARAB
من حرم وارثا إرثه حرمه الله الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menghalang harta pusakanya kepada pewaris, Allah akan haramkan syurga untuknya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 90, hadis nombor 421. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
قال الجد: لم أقف عليه بهذا، لكن عند ابن ماجه، حديث أنس: من قطع ميراث وارثه قطع الله ميراثه من الجنة.
Al-Jadd berkata: “Aku belum menemui hadith dengan lafaz seperti ini, namun terdapat dalam riwayat Ibn Majah hadith Anas: “Sesiapa yang menghalang harta pusaka kepada pewarisnya, maka Allah akan menghalang pusakanya daripada syurga”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.