Menggali sebuah lubang untuk saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من حفر لأخيه قليبا أوقعه الله فيه قريبا أو من حفر قليبا لأخيه أوقعه الله فيه ونحو ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggali sebuah lubang untuk saudaranya (agar dia terjatuh ke dalamnya), Allah pasti menjerumuskannya ke dalam lubang tersebut dalam tempoh yang tidak lama, atau Sesiapa yang menggali satu lubang untuk saudaranya, Allah jerumuskannya ke dalam lubang itu dan seumpamanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 90, hadis nombor 423. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا أصل له في الحديث، لكن جاء عن كعب الأحبار، أنه سأل ابن عباس – رضي الله تعالى عنهما – عن قولهم: من حفر مهواة أوقعه الله فيها، فقال: إنا نجد في كتاب الله {وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ} [فاطر: 43] وجاء عن ابن عمر موقوفا: مكتوب في التوراة من فجر فجر ومن حفر حفرة سوء لصاحبه وقع فيها.

Tidak ada asalnya dalam hadith, namun telah datang daripada Ka’b al-Ahbar bahawa beliau bertanya Ibn ‘Abbas RA telah kata-kata mereka: “Sesiapa yang menggali sebuah lubang, Allah pasti jerumuskannya ke dalam lubang tersebut”, lalu Ibn ‘Abbas berkata: “Sesungguhnya kami menemuinya dalam Kitab Allah:
وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
“Sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya”. [Surah Fatir, ayat 43] Juga telah datang daripada Ibn ‘Umar secara mawquf: “Tertulis dalam Taurat: Sesiapa yang melakukan suatu kejahatan dan sesiapa yang menggali satu lubang dengan niat jahat terhadap kawannya, dia pasti jatuh ke dalamnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs