Satu ayat dari Kitab Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

آية من كتاب الله خير من محمد وآله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu ayat daripada Kitab Allah lebih baik berbanding Muhammad dan keluarga Baginda.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 11, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وجد بخط بعضهم: زاد فيه: ” … لأن القرآن كلام الله غير مخلوق” ولم يعزه إلى صحابي ومثله لا يعتمد عليه.
لكن أخرج الديلمي عن علي: “القرآن أفضل من كل شيء من دون الله”.
وعن أنس: “لقراءة آية من كتاب الله أفضل مما تحت العرش”.
والطبراني عن ابن مسعود موقوفا: “كل آية من كتاب الله خير مما في السماء والأرض”.

Ditemui pada tulisan sebahagian mereka dia menambah padanya: “… kerana al-Qur’an adalah kalam Allah, bukan makhluk”, dan dia tidak menyandarkannya kepada mana-mana sahabat, dan hadith seumpama itu tidak boleh dijadikan pegangan. Namun, al-Dailami telah mengeluarkan daripada ‘Ali: “Al-Qur’an lebih baik berbanding segala sesuatu selain Allah”.
Daripada Anas: “Benar-benar bacaan satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik berbanding apa yang berada di bawah ‘Arash”.
Al-Tabarani juga meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara mawquf: “Setiap satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik berbanding apa yang ada di langit dan di bumi”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon