Allah tidak mahu untuk jadi sahih kecuali Kitab-Nya

TEKS BAHASA ARAB

أبى الله أن يصح إلا كتابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah tidak mahu untuk jadi sahih kecuali Kitab-Nya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 11, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف. لكن جاء عن الشافعي: “لقد ألفت هذه الكتب ولم آل فيها. ولابد أن يوجد فيها الخطأ، لأن الله تعالى يقول: (ولو كان من عند غير الله لوجدوا فيه اختلافا كثيرا).

Tidak diketahui. Namun, telah datang daripada al-Shafi’ei: “Aku telah menulis kitab-kitab ini dan aku tidak cuai dalam menulisnya, namun pasti ditemui di dalamnya kesalahan, kerana Allah Ta’ala berfirman: “Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs