Sesiapa yang berkahwin maka dia telah mendapat sebahagian agamanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تزوج فقد أحرز نصف دينه فليتق الله في النصف الآخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berkahwin maka dia telah mendapat sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang lain.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 412. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرجه ابن الجوزي في العلل، قال: ولا يصح، وأخرجه الطبراني، لكن بلفظ: فقد استكمل نصف الإيمان.

Ia telah dikeluarkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal, kata beliau: “Tidak sahih”, ia turut dikeluarkan oleh al-Tabarani, namun dengan lafaz: “Maka telah sempurna separuh imannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon