TEKS BAHASA ARAB
زمزم شفاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Air zamzam adalah penyembuh.
STATUS
Hasan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 44, hadis nombor 166. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
أخرجه الفاكهاني وحسنه ابن حجر عن معاوية موقوفا قال زمزم شفاء وهي لما شربت له.
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Fakihani. Ibn Hajar telah menilainya sebagai hasan daripada Mu'awiyah secara mawquf, katanya: “Air zamzam adalah penyembuh, ia (menjadi penawar) untuk sesuatu tujuan ia diminum”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.