Pertolongan Allah kepada seseorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

نصرة الله للعبد خير من نصرته لنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pertolongan Allah kepada seseorang hamba adalah lebih baik berbanding pertolongan hamba kepada dirinya sendiri.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 99, hadis nombor 485. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

عن وهيب بن الورد قال: بلغني أنه مكتوب في التوراة ابن آدم إذا ظلمت فاصبر وارض بنصرتي فإن نصرتي لك خير من نصرتك لنفسك.

Daripada Wuhaib bin al-Warad, katanya: Telah sampai kepadaku bahawa telah tertulis dalam Taurat: “Anak Adam! Apabila dizalimi, maka bersabarlah dan redalah terhadap pertolonganKu kerana pertolonganKu kepadamu adalah lebih baik berbanding pertolonganmu kepada dirimu sendiri”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon