Lupa adalah sifat kebiasaan semua insan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

النسيان طبع الإنسان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lupa adalah sifat kebiasaan semua insan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 99, hadis nombor 484. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بهذا لكن في الحديث: المؤمن نساء إذا ذكر تذكر.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith: “Orang beriman itu banyak terlupa, apabila diingatkan maka barulah dia ingat”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon