Seakan-akan kamu termasuk ahli Badar dan Hunain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كأنك من أهل بدر وحنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seakan-akan kamu termasuk ahli Badar dan Hunain.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 68, hadis nombor 278. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال السخاوي: هو كلام يقال لمن يتسامح ويتساهل وذلك لقوله صلى الله عليه وسلم: “ما يدريك لعل الله اطلع على أهل بدر، فقال: اعملوا ما شئتم فقد غفرت لكم”، ولكن لم يرد في أهل حنين ذلك مع مزيد التفاوت بينهما في المسافة فحنين من نواحي عرفة، وبدر معروفة.

Al-Sakhawi berkata: “Ia merupakan ucapan kepada orang yang mengambil mudah terhadap sabda Baginda SAW: “Kamu tidak tahu, boleh jadi Allah telah melihat kepada ahli Badar, lalu Dia berfirman: “Lakukanlah apa yang kamu inginkan kerana sesungguhnya Aku telah mengampunimu”. Namun, tidak warid berkenaan ahli Hunain tersebut, di samping terdapat perbezaan antara keduanya dari sudut jarak kerana Hunain berada di lingkungan 'Arafah manakala Badar pula sebagaimana yang telah diketahui”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon