Pendustaan tukang celup

TEKS BAHASA ARAB

كذبة صاغ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pendustaan tukang celup.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 68, hadis nombor 279. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

وفي معناه: (احترقت مصبغة)، كان يقال عند شيوع خبر مكذوب وصحح. أخرج الحاكم عن أبي الطفيل قال: كنت بالكوفة فقيل: قد خرج الدجال فأتينا حذيفة بن أسيد فقلت: هذا الدجال قد خرج، فقال: اجلس فجلست فنودي إنها كذبة صاغ، فقال حذيفة: إن الدجال لو خرج في زمانكم لرمته الصبيان بالخذف.

Semakna dengannya: “Tukang celup telah melakukan penipuan”. Dia sering diucapkan ketika tersebarnya berita yang dusta dan ia dibenarkan. Al-Hakim telah mengeluarkan daripada Abu al-Tufail, katanya: Sewaktu aku di Kufah, dikatakan bahawa Dajjal telah keluar, lalu kami pun menemui Huzaifah bin Usaid, aku berkata: “Dajjal ini telah keluar”, Huzaifah pun berkata: “Duduklah”, aku pun duduk, lalu dilaungkan: “Ia pendustaan tukang celup”, lantas Huzaifah berkata: “Sesungguhnya kalaulah Dajjal telah keluar pada zaman kamu ini, pasti aku lemparkan kanak-kanak kepadanya menggunakan pelontar”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon