TEKS BAHASA ARAB
العبد مجزي بعمله إن خيرا فخير وإن شرا فشر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semua hamba akan mendapat balasan berdasarkan amalannya, jika baik amalannya maka baik jugalah balasannya dan jika buruk amalannya maka buruk jugalah balasannya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis nombor 228. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
يجري على ألسنة المعربين، وهو في معنى: إنما هي أعمالكم ترد عليكم
Berlegar-legar pada lidah orang-orang Arab, semakna dengannya: “Sesungguhnya hanya amalan-amalan kamu yang akan dikembalikan kepada kamu”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.