Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Tidaklah dimuliakan melainkan ia pasti dihina

Teks Bahasa Arab

مَا عَزَّ شَيْءٌ إِلا وَهَانَ.

Teks Bahasa Melayu

Tidaklah dimuliakan (suatu urusan dunia) melainkan ia pasti dihina.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 81, hadis no. 361. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو في معنى الحديث الصحيح: "حق على الله أن لا يرفع شيء من الدنيا إلا وضعه".

Ia semakna dengan hadith sahih: "Menjadi hak kepada Allah bahawa tidaklah diangkat sesuatu daripada urusan dunia melainkan Allah pasti menjatuhkannya (ke dalam neraka)".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.