Apabila salah seorang daripada kamu dipanggil oleh ibunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا دعت أحدكم أمه وهو في الصلاة فليجب، وإذا دعاه أبوه فلا يجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila salah seorang daripada kamu dipanggil oleh ibunya ketika sedang solat maka sahutlah. Dan apabila dia dipanggil oleh ayahnya maka janganlah dia menyahutnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 35, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه عبد العزيز بن أبان الأموي، قال ابن معين وغيره: كذاب، روى أحاديث موضوعة.

Diriwayatkan oleh Abdul Aziz bin Aban al-Umawi. Ibn Ma’in dan selainnya berkata: Pendusta, beliau meriwayatkan banyak hadith-hadith palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon