Apabila kamu melihat seseorang suka bertengkar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا رأيت الرجل لجوجا معجبا برأيه فقد تمت خسارته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila kamu melihat seseorang suka bertengkar dan bangga dengan pandangannya sendiri, maka sempurnalah kerugiannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 35-36, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

مروي عن الخضر، عن نبينا – صلى الله عليه وسلم -، وقد صرح الذهبي بوضعه، وأقر الذهبي ابن حجر.

Diriwayatkan daripada al-Khadir daripada Nabi kita SAW. al-Zahabi menegaskan kepalsuannya. Ibn Hajar menyetujui al-Zahabi.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon