TEKS BAHASA ARAB
ردوا مذمة السائل ولو بمثل رأس الذباب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tolaklah celaan orang yang meminta-minta sekalipun dengan (memberi sesuatu yang saiznya) seperti kepala lalat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 41, hadis nombor 206. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-'Uqaili telah mendakwa Ishaq bin Najih al-Multi melakukan pemalsuan kerana beliau seorang perawi pendusta. Al-Zahabi menyatakan al-'Uqaili telah terkeliru, al-Zahabi telah mendakwa 'Uthman bin 'Abdul Rahman al-Waqqasi melakukan penipuan. Kata al-Zahabi: Kerana Ishaq tersebut dalam sanadnya bukanlah Ishaq al-Multi, bahkan Ishaq yang lain. Demikian kata al-Zahabi. Siapapun dia, hadith tersebut tetap palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.