TEKS BAHASA ARAB
خمس خصال يفطرن الصائم وينقضن الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بشهوة واليمين الكاذبة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lima perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan wudhu', iaitu berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat, dan sumpah palsu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 33, hadis nombor 164. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Musa Ibn Jaban dan disebutkan Jaban, seorang yang matruk. Hadith tersebut turut diakui oleh penulis (al-Suyuti) terhadap penilaian Ibn al-Jawzi akan kepalsuannya dan kepalsuannya jelas.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.