Rumah itu ada tuannya

TEKS BAHASA ARAB

للبيت رب يحميه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi rumah (ka’bah) itu ada tuan yang menjaganya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis nombor 322. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام عبد المطلب في قصة الفيل لما سأل أبرهة أن يرد له إبله فقال سألتني مالك ولم تسألني الرجوع عن هذا البيت مع أنه شرفكم فقال: إن للبيت ربا يحميه.

Ia berasal daripada ucapan ‘Abd al-Muttalib dalam kisah tentera bergajah ketika beliau meminta kepada Abrahah supaya mengembalikan unta-untanya kepadanya, lalu Abrahah berkata: “Engkau meminta kepadaku hartamu namun tidak pula engkau memintaku supaya kembali daripada rumah ini, sedangkan ianya kemuliaan kalian”. Lalu ‘Abd al-Muttalib menjawab: “Sesungguhnya bagi rumah itu (Ka’bah) ada tuan yang menjaganya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs