Bagi wanita itu ada 10 aurat

TEKS BAHASA ARAB

للمرأة عشر عورات يستر الزوج منهن عورة واحدة والقبر سائرهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi wanita itu ada 10 aurat, satu aurat ditutupi oleh suami dan selebihnya oleh kubur.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 76, hadis nombor 324. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أقف عليه، وفي معناه نعم، الكفو القبر.

Al-Jadd berkata: “Saya belum menemui hadith tersebut. Semakna dengannya, ya (ada, iaitu): “Sekufu itu adalah kubur”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs