Bila mana Allah SWT menurunkan Adam ke bumi, dia tinggal di bumi selama mana yang Allah kehendaki dia tinggal

TEKS BAHASA ARAB

لما أهبط الله تعالى آدم إلى الأرض؛ مَكَثَ فيها ما شاءَ الله أن يمكث، ثم قال له بنوه: يا أبانا! تكَلَّمْ. قال: فقام خطيباً في أربعين ألفاً من ولده، وولد ولده، وولد ولد ولده، فقال: إن الله أمرني فقال: يا آدم! أَقِلَّ كلامك حتى ترجع إلى جواري


TEKS BAHASA MALAYSIA

Bila mana Allah SWT menurunkan Adam ke bumi, dia tinggal di bumi selama mana yang Allah kehendaki dia tinggal. Kemudian keturunannya berkata padanya: Wahai ayah kami! Bercakaplah! Lalu Adam bangun dan bercakap kepada empat puluh ribu orang daripada kalangan anaknya, anak kepada anaknya dan anak kepada anak anaknya: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku dengan berkata: Wahai Adam! Kurangkanlah percakapanmu sehingga engkau kembali ke pangkuan-Ku.


STATUS

Sangat lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1711, hadis nombor 8606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn Asakir.

Ia dinilai sangat lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon