TEKS BAHASA ARAB
إذا صليتم فعمموا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu berselawat, maka kamu buatlah secara umum.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 14, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
لا يعرف. لكن جاء: “صلوا على النبيين إذا ذكرتموني، فإنهم بعثوا كما بعثت”.
Tidak diketahui. Namun, telah datang riwayat: “Berselawatlah kepada para Nabi apabila kamu mengingatiku, kerana mereka telah diutuskan sebagaimana aku diutuskan”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.