Apabila kalian makan, maka tinggalkanlah sisa

TEKS BAHASA ARAB

إذا أكلتم فأفضلوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu makan, maka tinggalkanlah sisa.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 13, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال صاحب الأصل لم أجده حديثا بل في الحديث ما يعارضه، كحديث مسلم عن جابر أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- أمر بلعق الأصابع والصحفة وقال: إنكم لا تدرون في أي طعامكم البركة.

Penulis asal berkata: “Saya tidak menemuinya sebagai sebuah hadith”. Bahkan terdapat dalam hadith riwayat yang mencanggahinya seperti hadith Muslim daripada Jabir bahawa Rasulullah SAW menyuruh supaya menjilat jari-jari dan pinggan, seraya Baginda bersabda: “Sesungguhnya kalian tidak mengetahui bahagian makanan kalian manakah yang ada keberkatan”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs