TEKS BAHASA ARAB
اخشوشنوا وتمعددوا واجعلوا الرأس رأسين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kalian membiasakan diri hidup dalam kesusahan, ikutilah kefasihan Ma'd bin 'Adnan dan jadikanlah satu kepada menjadi dua kepala.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
جاء عن عمر موقوفا وفيه: “وإياكم وزي الأعاجم” لكن روي نحوه مرفوعا.
Telah datang daripada 'Umar secara mawquf dan di dalamnya menyebutkan: “Berwaspadalah kamu terhadap gaya golongan 'ajam”. Namun, ada diriwayatkan seumpamanya secara marfu'.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.