Al-Zinji (orang berkulit hitam) apabila kenyang dia berzina

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الزنجي إذا شبع زنا وإذا جاع سرق وإن فيهم لسماحة ونجدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Zinji (orang berkulit hitam) apabila kenyang dia berzina dan apabila lapar dia mencuri. Juga dalam kalangan mereka terdapat orang yang mulia dan berani.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 42, hadis nombor 218. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Nabi SAW tidak mengatakan apa-apa pun berkenaan golongan ini dan para huffaz seperti Ibn al-Jawzi dan lain-lain telah menyebutkan secara pasti bahawa ia palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon