Disebut safar (asal maksudnya adalah menyingkapi) kerana ia menyingkap akhlak-akhlak para lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السفر يسفر عن أخلاق الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Disebut safar (asal maksudnya adalah menyingkapi) kerana ia menyingkap akhlak-akhlak para lelaki.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 45, hadis nombor 172. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو من كلام الغزالي في الإحياء ولفظه وإنما سمي السفر سفرا لأنه يسفر عن الأخلاق ولذلك قال عمر – رضي الله عنه – للذي كان يعرف عنده بعض الشهود هل صحبته في السفر الذي يستدل به على مكارم الأخلاق فقال لا قال ما أراك تعرفه انتهى ولأثر عمر تتمة فقد جاء أنه شهد عنده رجل شهادة فقال له لست أعرفك ولا يضرك ألا أعرفك ائت بمن يعرفك فقال رجل من القوم أنا أعرفه قال بأي شيء تعرفه قال بالعدالة والعقل قال هو جارك الأولى الذي تعرف ليله ونهاره ومدخله ومخرجه قال لا فقال فعاملك بالدرهم والدينار اللذين يستدل بهما على الورع قال لا قال فرفيقك في السفر الذي يستدل به على مكارم الأخلاق قال لا قال لست تعرفه ثم قال للرجل ائت بمن يعرفك قال ابن حجر صححه أبو علي بن السكن.

Ia bersumberkan ucapan al-Ghazali dalam al-Ihya' dengan lafaz: “Dinamakan permusafiran sebagai safar hanyalah kerana ia menyingkap akhlak-akhlak”. Oleh kerana itulah, 'Umar RA berkata kepada orang yang mendakwa mengenali sebahagian saksi: “Adakah kamu sudah menemaninya bermusafir yang boleh menjadi petunjuk akhlak-akhlak mulia?”, maka orang itu menjawab: “Tidak”, 'Umar pun berkata: “Aku lihat kamu masih belum mengenalinya”. Athar 'Umar itu ada yang lengkapnya: Telah diriwayatkan bahawa seseorang telah menjadi saksi kepada seorang lelaki, 'Umar berkata kepada lelaki tersebut: “Aku tidak mengenalimu, namun tidak jadi masalah jika aku tidak mengenalimu, bawakan orang yang mengenalimu”. Salah seorang lelaki dalam kaum itu pun berkata: “Aku mengenalinya”, 'Umar berkata: “Dengan apa kamu mengenalinya?”, lelalki itu menjawab: “Dengan sifat adil dan berakal”, 'Umar pun berkata: “Adakah dia merupakan jiranmu paling hampir hingga kamu tahu keadaan waktu malamnya, waktu siangnya, tempat dia masuk dan tempat dia keluar?”, lelaki itu menjawab: “Tidak”, 'Umar bertanya lagi: “Adakah dia pernah bermuamalat denganmu menggunakan dirham dan dinar yang boleh menjadi petunjuk sikap warak beliau?”, lelaki itu menjawab: “Tidak”, 'Umar berkata: “Adakah dia pernah menjadi temanmu dalam perjalanan yang boleh menjadi petunjuk tentang akhlak-akhlaknya yang mulia?”, lelaki itu menjawab: “Tidak”, 'Umar pun berkata: “Jadi, kamu tidak mengenalinya?”. Kemudian dikatakan kepada lelaki tadi: “Bawakan orang yang mengenalimu”.
Ibn Hajar berkata: “Abu 'Ali bin al-Sakan menilainya sahih”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon