Wahai Muaz, jika engkau mendatangi bumi Husaib

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا جئت يا معاذ أرض الحصيب – يعني: من اليمن – فهرول – أي حياء – فإن فيها الحور العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Muaz, jika engkau mendatangi bumi Husaib di Yaman maka berjalanlah dengan laju kerana malu. Sesungguhnya di situ ada bidadari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 35, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال المنوفي: الحكم عليه بالوضع ظاهر.

Al-Manufi berkata: Status hadith ini sebagai palsu adalah jelas.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs