Sesuatu yang sudah tertulis tidak ada yang boleh lari daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المكتوب ما منه مهروب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesuatu yang sudah tertulis (di Luh Mahfuz) tidak ada yang boleh lari daripadanya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 85, hadis nombor 391. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من الأمثال، وفي معناه: “قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا”.

Termasuk perumpamaan-perumpamaan, semakna dengan: “Tidaklah menimpa kami kecuali perkara yang Allah telah tuliskan untuk kami”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon