TEKS BAHASA ARAB
لا تأخذوا الحديث الا عمن تجيزون شهادته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu mengambil hadith kecuali daripada orang yang boleh diterima penyaksiannya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 78, hadis nombor 452. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Soleh bin Hassan dan Hafs bin ‘Umar, hakim di Bandar Halab (Aleppo). Mereka berdua adalah perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Al-Khatib telah meriwayatkannya dalam al-Kifayah melalui jalur secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan juga mawquf (disandarkan kepada sahabat RA). Ia batil melalui kedua-dua jalur sanad.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.