TEKS BAHASA ARAB
اتبعوا العلماء فإنهم سرج الدنيا ومصابيح الآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalian ikutlah para ulama’ kerana sesungguhnya mereka adalah pelita dunia dan lampu-lampu akhirat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 7, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui riwayat al-Qasim bin Ibrahim al-Multi, beliau seorang kaki dusta. Seterusnya, penulis (al-Suyuti) sendiri menilai hadith ini sebagai palsu, lalu beliau masukkannya dalam Zail al-Mawdhu’at.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.