TEKS BAHASA ARAB
إذا صدقت المحبة سقطت شروط الأدب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila benar cinta itu, gugurlah syarat-syarat adab.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 14, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث. وإنما قال الجنيد: إذا صحت المحبة سقط شرط الأدب. وفي كلام المبرد: إذا صحت المودة سقط التكليف والعمل.
Ia bukan hadith. Ia hanyalah kata-kata al-Junaid: “Jika benar cinta itu, maka gugurlah syarat adab”. Dalam ucapan al-Mubrad: “Jika benarlah kasih itu, maka gugurlah taklif dan amal”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.