Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kelebihan di Arafah

TEKS BAHASA ARAB

حديث : أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم خطب عشية عرفة فقال: أيها الناس: إن الله قد تطول عليكم في مقامكم هذا فقبل من محسنكم وأعطى محسنكم ما سأل ووهب مسيئكم لمحسنكم إلا التبعات فيما بينكم أفيضوا على اسم الله وفي اليوم الثاني قال: والتبعات فيما بينكم ضمن عوضها من عنده


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “ Nabi SAW berkhutbah selepas matahari gelincir padai hari Arafah dan bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah SWT telah memberi kelebihan di tempat kamu ini, menerima orang-orang baik kamu, memberikan orang-orang baik antara kamu apa yang dia minta, mengurniakan orang-orang jahat antara kamu kerana orang-orang baik kamu. melainkan hak-hak di antara kamu. Bergeraklah dengan nama Allah. Pada hari kedua Nabi SAW bersabda: hak-hak di antara kamu menjamin gantiannya di sisinya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 104-106, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه أبو نعيم عن ابن عمر مرفوعا وقال: غريب تفرد به عبد العزيز بن أبي رواد عن نافع ولم يتابع عليه .
وقد أخرجه ابن حبان من طريق مالك بن أنس عن نافع عن ابن عمر .
وأخرجه عبد الله بن أحمد في زيادات المسند من حديث العباس بن مرداس السلمي: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم دعا ربه عشية عرفة بالمغفرة لأمته فأجيب .
وأخرجه عبد الرزاق في المصنف من حديث عبادة بن الصامت بنحو اللفظ الأول. وفي إسناد أبي نعيم أيضا عبد الرحيم بن هارون متروك وبشار بن بكير مجهول وفي إسناد ابن حبان: يحيى بن عنبسة وضاع.
وفي إسناد عبد الله بن أحمد: كنانة ابن عباس بن مرداس منكر الحديث جدا وفي إسناد عبد الرزاق: خلاس بن عمرو وليس بشيء .
وقد حكم ابن الجوزي على هذه الأحاديث بالوضع ورد عليه ابن حجر في مؤلف سماه: قوة الحجاج في عموم المغفرة للحجاج وعارضه في جرح من جرحه من رواة هذه الأحاديث وقال: قد أخرج أبو داود في سننه طرفا من حديث العباس بن مرداس وسكت عليه فهو صالح عنده وقال: إنه يدخل في حد الحسن على رأي الترمذي وأنه أخرجه ابن ماجه والضياء في المختارة وما ذكر فيها إلا ما صح فقد صححه .
وقال البيهقي بعد إخراجه في الشعب إن له شواهد كثيرة وقال: قد جاء من حديث أنس أخرجه أبو يعلى وجاء من حديث زيد جد عبد الرحمن ابن عبد الله بن زيد أخرجه ابن منده في كتاب الصحابة .
ومن حديث أبي هريرة أخرجه ابن حبان وقال: هو باطل وكذا قال الدارقطني

Abu Nuaim meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu (disandar kepada Nabi). Beliau berkata: hadith ini gharib, iaitu bersendirian Abdul Aziz bin Abi Rawwad daripada Nafi’ dan tiada sokongan pada riwayatnya. Ibn Hibban meriwayatkan daripada jalan Malik bin Anas daripada Nafi’ daripada Ibn Umar.
Abdullah bin Ahmad meriwayatkan di dalam Kitab Ziyadat al-Musnad, daripada hadith al-Abbas bin Mirdas al-Sulami: Nabi SAW berdoa dengan keampunan kepada Tuhannya selepas matahari tergelincir di Arafah untuk umatnya , Allah SWT pun mengabulkannya.
Abdul Razzaq meriwayatkan di dalam Musannaf daripada hadith Ubadah bin al-Samit seumpama lafaz pertama. Pada sanad hadith Abu Nuaim juga terdapat perawi bernama Abdul Rahim bin Harun yang matruk (terlalu dhaif), Bassyar bin Bukair tidak dikenali, manakala pada sanad Ibn Hibban pula terdapat perawi bernama Yahya bin An’basah seorang pereka hadith.
Pada sanad Abdullah bin Ahmad terdapat Kinanah bin Abbas bin Mirdas yang dihukum sebagai munkar al-hadith, Pada sanad hadith Abdul Razzaq ada terdapat Khilas bin Amr yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’
Ibn Jauzi menilai hadith-hadith ini sebagai palsu, manakala Ibn Hajar di dalam kitabnya Quwwah al-Hujjah fi Umum al-Magfirah lilHujjaj, membantah kritikan terhadap perawi yang ditolak oleh Ibn Jauzi daripada riwayat-riwayat hadith ini dan berkata: Abu Dawud telah meriwayatkan hadith ini di dalam Kitab Sunannya daripada jalan periwayatan al-Abbas bin Mirdas dan Abu Dawud mendiamkannya menjadi isyarat hadith ini salih disisinya. Menurut Ibn Hajar hadith ini termasuk dalam kategori hasan pada pandangan al-Tirmizi. Ibn Majah juga meriwayatkannya, al-dhiya’ juga turut meriwayatkannya di dalam kitabnya al-Mukhtarah dan tidaklah disebutkan pada kitab ini melainkan hadith yang sahih dia mensahihkannya
Al-Baihaqi berkata selepas meriwayatkan di dalam kitab al-Syuab hadith ini mempunyai sokongan yang banyak. Telah datang daripada hadith Anas, diriwayatkan oleh Abu Ya’la. Juga telah datang daripada hadith Zaid iaitu datuk Abdul Rahman Ibn Abdillah bin Zaid yang diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam kitab al-Sahabah daripada hadith Abu Hurairah. Ibn Hibban meriwayatkannya dan berkata: hadith ini batil demikian juga pendapat al-Daraqutni.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon