Berputus asa adalah salah satu daripada dua kerehatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اليأس إحدى الراحتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berputus asa adalah salah satu daripada dua kerehatan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 108, hadis nombor 528. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

أخرج أحمد – رضي الله عنه – قال: قال عمر في خطبته: تعلمون أن الطمع فقر، وأن اليأس غنى، وأن الرجل إذا أيس من شيء استغنى عنه.

Ahmad RA telah meriwayatkan, katanya: 'Umar berkata dalam khutbah beliau: “Ketahuilah kamu bahawa tamak itu adalah kefaqiran, putus asa itu satu kekayaan. Seseorang itu apabila dia berputus asa terhadap sesuatu, dia tidak lagi memerlukannya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon